I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday 6 February 2012

LATIHAN TATABAHASA


BAHASA MELAYU-TAHUN 4
TATABAHASA - Simpulan Bahasa
Sila pilih jawapan. Jika jawapan anda didapati salah,anda akan diberi panduan. Jika betul teruskan dengan latihan.
1.    Kejayaan Azman melanjutkan pelajaran ke luar negara menjadi ____________________ orang-orang kampung.
a)    buah mulut
b)    buah hati
c)     buah tangan
d)    buah fikiran
2.    Peperangan yang tiada kesudahannya itu menyebabkan banyak orang yang ___________________ .
a)    mati kutu
b)    mati lemas
c)     mati katak
d)    mati syahid
3.    Pak mat bersyukur dengan rezeki yang diperoleh daripada _______________ nya sendiri.
a)    air muka
b)    darah daging
c)     gaji buta
d)    titik peluh
4.    Jangan kamu beritahu rahsia ini kepadanya. Dia itu ________________
a)    gelap mata
b)    mulut tempayan
c)     kepala angin
d)    cepat tangan
5.    Ayah tinggal di Kuala Lumpur beberapa hari kerana mahu _________________.
a)    beralih akal
b)    mencuci mata
c)     mencari jalan
d)    beralih angin
6.    _________________ betul saya semasa balik ke kampung kerana musim buah-buahan baru bermula.
a)    Salah langkah
b)    Langkah kanan
c)     Langkah seribu
d)    Langkah kiri
7.    Zainal ______________ kerana terlalu dimanjakan oleh ibu bapanya.
a)    besar kepala
b)    besar hati
c)     bekas tangan
d)    beri muka


8.    Anita mempunyai ________________ di pipi kanannya.
a)    cahaya mata
b)    banyak mulut
c)     hidung tinggi
d)    tahi lalat
9.    Hadi berasa ____________________ kerana Nora disukai oleh kawan-kawannya.
a)    tawar hati
b)    sampai hati
c)     iri hati
d)    buta hati
10.                      Fauzi makan sebungkus nasi lemak sebagai ____________ sebelum ke sekolah.
a)    ikat perut
b)    makan besar
c)     alas perut
d)    makan angin
11.                      Rosman dinaikkan pangkat oleh majikannya kerana dia ________________.
a)    muka tembok
b)    ringan tulang
c)     berat tulang
d)    kera sumbang
12.                      Riduan adalah _____________ nenek dan datuknya kerana dia merupakan cucu tunggal mereka.
a)    buah hati
b)    ayam tambatan
c)     anak angkat
d)    kaki bangku
13.                      Devan bersikap _______________ kerana keluarganya kaya dan terkenal.
a)    berat mulut
b)    batu api
c)     hidung tinggi
d)    berat sebelah
14.                      Pegawai yang _______________ itu telah ditangkap.
a)    kacang hantu
b)    kaki botol
c)     makan suap
d)    berat sebelah
15.                      Kumar hanya ber_______________ kerana kasutnya kecurian.
a)    otak cair
b)    putih mata
c)     kaki ayam
d)    murah hati
16.                      Kakak memakai cermin mata kerana dia _______________________.
a)    telinga lintah
b)    rabun ayam
c)     puteri lilin
d)    rambang mata


17.                      Tulisan Dora yang __________________ itu sukar dibaca oleh Cikgu yati.
a)    nyawa-nyawa ikan
b)    lintah darat
c)     buruk siku
d)    cakar ayam
18.                      Dia memang _______________ kerana masih belum faham walaupun diajar beberapa kali.
a)    otak mereng
b)    otak udang
c)     otak cair
d)    otak kancil
19.                      _______________________ antara Devi dan Rani itu berakhir selepas dinasihati oleh Cikgu Farah.
a)    Naik angin
b)    Pasang telinga
c)     Perang mulut
d)    Mulut murai
20.                      Ayah _________________ dulu sementara menanti hari siang.
a)    telinga nipis
b)    terang hati
c)     tidur-tidur ayam
d)    titik peluh

No comments:

Post a Comment