I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, 7 February 2012

SAJAK

Bina sebuah sajak yang menarik berdasarkan video di bawah.


BINA AYAT

Bina lima ayat majmuk berdasarkan video di atas.

NILAI-NILAI MURNI

Senaraikan nilai-nilai murni yang terkandung dalam video di atas.

Monday, 6 February 2012

LATIHAN PENJODOH BILANGAN


Bahasa Melayu Tahun 4
Penjodoh Bilangan.
Sila pilih jawapan. Jika jawapan anda salah, anda akan diberi panduan. Jika betul, teruskan dengan latihan.
  1. Ramli membeli ....................... jala sebagai hadiah kepada ayahnya.
    1.   sepasang
    2.   serawan
    3.   sebentuk
    4.   sekawan
  2. Pada lengan baju Adura terdapat dua ............... cat merah.
    1.   ruas
    2.   tompok
    3.   bentuk
    4.   untai
  3. Mak Minah membeli dua ..................... alas meja plastik.
    1.   kajang
    2.   ruas
    3.   lembar
    4.   bidang
  4. Pasukan keselamatan menemui empat ..................... senapang di dalam gua di kaki bukit itu.
    1.   das
    2.   bentuk
    3.   laras
    4.   puntung
  5. Khairul asyik melihat se................... semut itu berjalan meniti ranting pokok itu.
    1.   butir
    2.   kawan
    3.   kelompok
    4.   deret
  6. Najib membuat tabung daripada dua .................. buluh.
    1.   ruas
    2.   gelung
    3.   tongkol
    4.   deret
  7. Pak Ali menjual se................ nasi lemak dengan harga RM 1.20.
    1.   lapis
    2.   bungkus
    3.   naskah
    4.   gulung
  8. Siti mengambil se.............. benang hitam untuk menjahit butang bajunya.
    1.   rawan
    2.   laras
    3.   lembar
    4.   ruas
  9. Ah Meng membeli sepuluh ............... telur puyuh untuk emaknya.
    1.   buku
    2.   blok
    3.   bentuk
    4.   butir
  10. Se................... gajah liar telah merosakkan ladang kelapa sawit di kampung itu.
    1.   kawan
    2.   deret
    3.   kelompok
    4.   kandang
  11. Aktiviti satu ..................... penyeludup di sempadan Malaysia dengan Thailand ditumpaskan oleh polis.
    1.   rawan
    2.   kawan
    3.   kelompok
    4.   gerombolan
  12. Harga se.................. sayur kankung di kedai itu ialah RM 1.00.
    1.   gugus
    2.   cekak
    3.   gemal
    4.   cebis
  13. Dua ..................... pokok kelapa tumbang dekat rumah Jais dalam ribut malam tadi.
    1.   pohon
    2.   lembar
    3.   blok
    4.   tongkol
  14. Minggu lalu kampung saya dilawati oleh dua ................... pelancong dari Jepun.
    1.   kawan
    2.   pasukan
    3.   kelompok
    4.   kumpulan
  15. Pak Nik turun ke laut dengan membawa dua .................. pukat.
    1.   rawan
    2.   untai
    3.   kawan
    4.   lembar
  16. Kebakaran di bandar itu dipadamkan oleh se.................... ahli bomba.
    1.   kawan
    2.   pasukan
    3.   kelompok
    4.   kandang
  17. Tiga ................... rumah kedai musnah dalam kebakaran semalam.
    1.   pintu
    2.   bentuk
    3.   blok
    4.   deret
  18. Fairuz memberi se...................... cincin berlian ketika melamar Juita.
    1.   buku
    2.   butir
    3.   bentuk
    4.   gelung
  19. Puan Chee membubuh lima ..................... cendawan ke dalam sup itu.
    1.   rangkai
    2.   untai
    3.   gemal
    4.   gelung
  20. Akibat se..................... nila rosak susu sebelanga.
    1.   titis
    2.   titik
    3.   tompok
    4.   kepal

LATIHAN LENGKAPKAN PANTUN


Latihan puisi

Pantun Empat kerat (BUDI)

Terang bulang terang di paya
   Anak kambing memakan rumput;
Jika tak kenang kepada saya,
   Nama yang baik tidak tersebut.

Anak merak mati tersangkut,
   Mati dipanah Seri Rama:
Resam di dunia juga disebut,
   Orang yang mati meninggalkan nama.

Anak itik terenang-renang,
   Air pasang tenang-tenangan;
Budi sedikit bila kan hilang,
   Itu menjadi kenang-kenangan

Anak ikan berlima-lima
   Mati ditimpa punggur berdaun;
Kasih tuan saya terima,
   Sebagai hutang seribu tahun.
Latihan pantun Empat Kerat (Budi)

Lengkapkan maksud " Pantun Empat Kerat (Budi)" di bawah ini dengan kata-kata atau rangkaian kata yang sesuai.
Rangkap 1: Nama baik kita tidak akan (1)_____________________ sekiranya kita tidak berbudi kepada orang lain.

Rangkap 2: Sudah menjadi kebiasaan kehidupan di dunia, iaitu kebaikan atau keburukan orang yang telah (2)____________________akan disebut-sebut.

Rangkap 3: Budi yang diberikan walaupun sedikit akan diingati dan (3)_______________________selama-lamanya.

Rangkap 4: Kebaikan diberikan atas dasar belas kasihan sesama manusia. Oleh itu, budi dianggap sebagai suatu (4)_________________ selama-lamanya.

LATIHAN TATABAHASA


BAHASA MELAYU-TAHUN 4
TATABAHASA - Simpulan Bahasa
Sila pilih jawapan. Jika jawapan anda didapati salah,anda akan diberi panduan. Jika betul teruskan dengan latihan.
1.    Kejayaan Azman melanjutkan pelajaran ke luar negara menjadi ____________________ orang-orang kampung.
a)    buah mulut
b)    buah hati
c)     buah tangan
d)    buah fikiran
2.    Peperangan yang tiada kesudahannya itu menyebabkan banyak orang yang ___________________ .
a)    mati kutu
b)    mati lemas
c)     mati katak
d)    mati syahid
3.    Pak mat bersyukur dengan rezeki yang diperoleh daripada _______________ nya sendiri.
a)    air muka
b)    darah daging
c)     gaji buta
d)    titik peluh
4.    Jangan kamu beritahu rahsia ini kepadanya. Dia itu ________________
a)    gelap mata
b)    mulut tempayan
c)     kepala angin
d)    cepat tangan
5.    Ayah tinggal di Kuala Lumpur beberapa hari kerana mahu _________________.
a)    beralih akal
b)    mencuci mata
c)     mencari jalan
d)    beralih angin
6.    _________________ betul saya semasa balik ke kampung kerana musim buah-buahan baru bermula.
a)    Salah langkah
b)    Langkah kanan
c)     Langkah seribu
d)    Langkah kiri
7.    Zainal ______________ kerana terlalu dimanjakan oleh ibu bapanya.
a)    besar kepala
b)    besar hati
c)     bekas tangan
d)    beri muka


8.    Anita mempunyai ________________ di pipi kanannya.
a)    cahaya mata
b)    banyak mulut
c)     hidung tinggi
d)    tahi lalat
9.    Hadi berasa ____________________ kerana Nora disukai oleh kawan-kawannya.
a)    tawar hati
b)    sampai hati
c)     iri hati
d)    buta hati
10.                      Fauzi makan sebungkus nasi lemak sebagai ____________ sebelum ke sekolah.
a)    ikat perut
b)    makan besar
c)     alas perut
d)    makan angin
11.                      Rosman dinaikkan pangkat oleh majikannya kerana dia ________________.
a)    muka tembok
b)    ringan tulang
c)     berat tulang
d)    kera sumbang
12.                      Riduan adalah _____________ nenek dan datuknya kerana dia merupakan cucu tunggal mereka.
a)    buah hati
b)    ayam tambatan
c)     anak angkat
d)    kaki bangku
13.                      Devan bersikap _______________ kerana keluarganya kaya dan terkenal.
a)    berat mulut
b)    batu api
c)     hidung tinggi
d)    berat sebelah
14.                      Pegawai yang _______________ itu telah ditangkap.
a)    kacang hantu
b)    kaki botol
c)     makan suap
d)    berat sebelah
15.                      Kumar hanya ber_______________ kerana kasutnya kecurian.
a)    otak cair
b)    putih mata
c)     kaki ayam
d)    murah hati
16.                      Kakak memakai cermin mata kerana dia _______________________.
a)    telinga lintah
b)    rabun ayam
c)     puteri lilin
d)    rambang mata


17.                      Tulisan Dora yang __________________ itu sukar dibaca oleh Cikgu yati.
a)    nyawa-nyawa ikan
b)    lintah darat
c)     buruk siku
d)    cakar ayam
18.                      Dia memang _______________ kerana masih belum faham walaupun diajar beberapa kali.
a)    otak mereng
b)    otak udang
c)     otak cair
d)    otak kancil
19.                      _______________________ antara Devi dan Rani itu berakhir selepas dinasihati oleh Cikgu Farah.
a)    Naik angin
b)    Pasang telinga
c)     Perang mulut
d)    Mulut murai
20.                      Ayah _________________ dulu sementara menanti hari siang.
a)    telinga nipis
b)    terang hati
c)     tidur-tidur ayam
d)    titik peluh