BAHASA MELAYU-TAHUN 4
TATABAHASA - Simpulan Bahasa
Sila pilih jawapan. Jika jawapan anda didapati salah,anda akan diberi panduan. Jika betul teruskan dengan latihan.
1. Kejayaan Azman melanjutkan pelajaran ke luar negara menjadi ____________________ orang-orang kampung.
a) buah mulut
b) buah hati
c) buah tangan
d) buah fikiran
2. Peperangan yang tiada kesudahannya itu menyebabkan banyak orang yang ___________________ .
a) mati kutu
b) mati lemas
c) mati katak
d) mati syahid
3. Pak mat bersyukur dengan rezeki yang diperoleh daripada _______________ nya sendiri.
a) air muka
b) darah daging
c) gaji buta
d) titik peluh
4. Jangan kamu beritahu rahsia ini kepadanya. Dia itu ________________
a) gelap mata
b) mulut tempayan
c) kepala angin
d) cepat tangan
5. Ayah tinggal di Kuala Lumpur beberapa hari kerana mahu _________________.
a) beralih akal
b) mencuci mata
c) mencari jalan
d) beralih angin
6. _________________ betul saya semasa balik ke kampung kerana musim buah-buahan baru bermula.
a) Salah langkah
b) Langkah kanan
c) Langkah seribu
d) Langkah kiri
7. Zainal ______________ kerana terlalu dimanjakan oleh ibu bapanya.
a) besar kepala
b) besar hati
c) bekas tangan
d) beri muka
8. Anita mempunyai ________________ di pipi kanannya.
a) cahaya mata
b) banyak mulut
c) hidung tinggi
d) tahi lalat
9. Hadi berasa ____________________ kerana Nora disukai oleh kawan-kawannya.
a) tawar hati
b) sampai hati
c) iri hati
d) buta hati
10. Fauzi makan sebungkus nasi lemak sebagai ____________ sebelum ke sekolah.
a) ikat perut
b) makan besar
c) alas perut
d) makan angin
11. Rosman dinaikkan pangkat oleh majikannya kerana dia ________________.
a) muka tembok
b) ringan tulang
c) berat tulang
d) kera sumbang
12. Riduan adalah _____________ nenek dan datuknya kerana dia merupakan cucu tunggal mereka.
a) buah hati
b) ayam tambatan
c) anak angkat
d) kaki bangku
13. Devan bersikap _______________ kerana keluarganya kaya dan terkenal.
a) berat mulut
b) batu api
c) hidung tinggi
d) berat sebelah
14. Pegawai yang _______________ itu telah ditangkap.
a) kacang hantu
b) kaki botol
c) makan suap
d) berat sebelah
15. Kumar hanya ber_______________ kerana kasutnya kecurian.
a) otak cair
b) putih mata
c) kaki ayam
d) murah hati
16. Kakak memakai cermin mata kerana dia _______________________.
a) telinga lintah
b) rabun ayam
c) puteri lilin
d) rambang mata
17. Tulisan Dora yang __________________ itu sukar dibaca oleh Cikgu yati.
a) nyawa-nyawa ikan
b) lintah darat
c) buruk siku
d) cakar ayam
18. Dia memang _______________ kerana masih belum faham walaupun diajar beberapa kali.
a) otak mereng
b) otak udang
c) otak cair
d) otak kancil
19. _______________________ antara Devi dan Rani itu berakhir selepas dinasihati oleh Cikgu Farah.
a) Naik angin
b) Pasang telinga
c) Perang mulut
d) Mulut murai
20. Ayah _________________ dulu sementara menanti hari siang.
a) telinga nipis
b) terang hati
c) tidur-tidur ayam
d) titik peluh
No comments:
Post a Comment